Hai semua , saya merupakan lepasan stam/setaraf dalam bidang agama. Saya seorang yang komited dan berdedikasi dalam pekerjaan. Saya seorang yang ramah akan tetapi tegas pada suatu masa supaya pelajar saya sentiasa fokus ketika belajar. Dalam pada masa yang sama , saya juga seorang yang komited dan berdedikasi ketika mengajar agar pelajar saya dapat capai keinginan mereka sekaligus dapat menggembirakan hati ibu bapa mereka. Sekiranya tuan/puan percayakan saya untuk menjadi tutur anak tuan/puan , saya sedia untuk berkhidmat.
Teaching Method(s)
Teknik yang saya gunakan dalam pembelajaran ialah teknik seni. Teknik seni ini terbahagi kepada banyak jenis akan tetapi saya lebih tertarik dengan seni lukisan , seni nyanyian dan seni gambaran. Ini kerana ketika saya belajar , teknik-teknik ini yang saya gunakan agar mudah faham dan ingat. Begitu juga dengan pelajar saya , saya harap pelajar saya dapat menerima teknik-teknik ini dalam pembelajaran bersama saya.