Profile Picture

Mashuri Binti *******

(Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan.

Universiti Sains Malaysia (Nibong Tebal) (Ongoing Study)

Nibong Tebal, Pulau Pinang

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hi, Saya Cikgu Mashuri, saya mempunyai pengalaman mengajar murid tingkatan yang kebanyakan daripada mereka adalah murid yang lemah. Saya juga aktif dalam kesukarelawanan dengan membantu memberi kesedaran pendidikan kepada masyarakat luar bandar. Saya telah banyak menghasilkan rancangan pengajaran harian murid untuk mencapai objektif pembelajaran. Rancangan pengajaran yang dihasilkan selaras dengan DSKP dan keperluan pendidikan kini. Saya mempunyai pengetahuan luas tentang cara menerapakan penggunaan elemen teknologi atas talian dalam pengajaran. Penerapan elemen ini penting terutama murid kini yang lebih cenderung kepada tekonologi telefon pintar mereka. Saya sering merujuk kepada pensyarah saya yang menyemak jawapan SPM pelajar sekolah untuk mengetahui pendekatan yang sesuai untuk mengajar murid masa kini.
Teaching Method(s)
Teknik didik hibur merupakan teknik yang sering saya gunakan terutama mengajar murid yang lemah kerana teknik ini tidak membosankan. Saya menerapkan teknik akronim semasa mengajar karangan dan tatabahasa kepada murid. Sepanjang pengalaman mengajar, saya sering menyelitkan elemen teknologi dan permainan untuk mengajar sesuatu subjek. Penerapan elemen ini amat penting dan sesuai dengan murid abad ke-21 kini yang lebih gemar menggunakan teknologi telefon pintar dalam kehidupan mereka. Hasil pengalaman saya, teknik dan elemen yang saya gunakan ini telah berjaya meningkatkan motivasi murid untuk belajar terutama murid yang lemah.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2