Saya Cikgu Ariena. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama setahun di sebuah pusat tuisyen di Putrajaya sebagai part-time tutor. Saya telah mengajar lebih 100+ orang pelajar dalam subjek Matematik dimana pelajar saya terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya juga berpengalaman mengajar pelajar SPM bagi subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Kimia. Saya sangat komited dan berdedikasi dalam memastikan pelajar saya faham apa yang telah diajar.
Teaching Method(s)
Sepanjang saya mengajar, jika saya diberikan masa 1 jam untuk kelas, saya akan menggunakan 5 minit untuk mengimbas kembali pembelajaran kelas yang lepas, 20 minit untuk mengajar input baru, 15 minit membuat latih tubi dan 10 minit lagi digunakan untuk membincangkan jawapan. Saya sering mengajak pelajar saya untuk menyelesaikan masalah di hadapan agar mereka lebih faham kerana mereka perlu menerangkan kepada rakan yang lain. Saya suka komunikasi dua hala antara pelajar dan guru wujud, agar P&p berjalan dengan lebih lancar.