Profile Picture

Nurzaleha Binti *******

Degree (Education Faculty) - Pendidikan kimia

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Kuching, Sarawak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Zaleha. Saya mempunyai pengalaman menjalani latihan mengajar di dua buah sekolah menengah. Sepanjang tempoh tersebut, saya telah mengajar beberapa subjek iaitu Kimia Tingkatan 4, Matematik Tingkatan 4, dan Sains Tingkatan 2. Pengalaman ini telah memberi saya pendedahan yang menyeluruh terhadap suasana sebenar dalam dunia pendidikan serta membantu saya memahami keperluan dan tahap pembelajaran pelajar yang berbeza-beza. Antara aktiviti pengajaran yang telah saya jalankan termasuk eksperimen mudah bagi topik Kimia seperti tindak balas asid dan alkali untuk meningkatkan pemahaman konsep secara praktikal dan menyeronokkan. Bagi subjek Matematik Tingkatan 4, saya menggunakan kaedah kuiz interaktif melalui aplikasi seperti Quizizz, permainan pembelajaran, serta aktiviti perbincangan berkumpulan untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam kelas. Selain itu, saya juga melaksanakan pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) dalam subjek Sains Tingkatan 2, di mana pelajar diberi peluang untuk meneroka sesuatu topik dan membentangkan hasil dapatan mereka secara kreatif. Saya turut menyediakan bahan bantu mengajar seperti lembaran kerja, peta i-Think, nota ringkas, serta slaid pembentangan yang menarik bagi memudahkan pelajar memahami isi pelajaran. Di samping itu, saya sentiasa berusaha mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan positif agar pelajar lebih selesa untuk bertanya dan berinteraksi. Pengalaman ini telah membantu saya membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi serta memupuk sikap sabar dan komited dalam mendidik pelajar. Saya juga sentiasa bersedia untuk menambah baik kaedah pengajaran saya dari semasa ke semasa.
Teaching Method(s)
Melalui pengalaman ini, saya telah merancang dan melaksanakan pengajaran harian dengan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai mengikut tahap pelajar. Saya juga berpengalaman dalam menyediakan bahan bantu mengajar, lembaran kerja serta menggunakan pendekatan pembelajaran yang interaktif bagi meningkatkan kefahaman pelajar. Selain itu, saya turut mengaplikasikan kemahiran pengurusan bilik darjah yang berkesan untuk memastikan suasana pembelajaran yang kondusif. Saya juga sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan dan tahap pencapaian pelajar dengan menjalankan penilaian secara berterusan serta memberikan bimbingan kepada pelajar yang memerlukan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Kimia DLP
Tingkatan 4
Biologi
Tingkatan 4
Kimia
Tingkatan 4