Nama saya Muhammad Firdaus. Saya merupakan seorang graduan baharu dari sebuah universiti awam di Malaysia. Saya mempunyai pengalaman mengajar semasa masih melanjutkan pengajian. Matlamat saya adalah untuk mengajar dan membantu murid-murid yang mempunyai kesukaran dalam subjek Matematik. Di bawah bimbingan saya, saya yakin murid-murid akan merasakan bahawa subjek Matematik adalah subjek yang menyeronokkan.
Teaching Method(s)
Untuk menguasai subjek Matematik, murid-murid perlu mengetahui perkara asas terlebih dahulu. Kemudian, untuk mengukuhkan perkara asas itu, murid-murid perlu membuat latihan. Jika mereka menghadapi kesukaran ketika membuat latihan, saya akan membantu mereka. Sesi ulang kaji menjadi lebih mudah dan seronok apabila ada pengajar sedia membantu.