Saya cikgu Syasya. Saya merupakan seorang tutor yang sangat berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan berjaya dalam pendidikan. Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan subjek teras saya dan saya mempunyai pengalaman dalam mendidik dan mengajar anak-anak prasekolah bagi membantu mereka untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan berkesan sepanjang proses pengajaran. Dengan pengalaman yang dibekalkan, saya dapat menggunakannya untuk membantu anak anda lebih bersemangat untuk belajar. Nak anak lebih rajin dan lebih berkeyakinan? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah pengajaran didik hibur dengan menerapkan nyanyian, lakonan, serta unsur-unsur yang menarik sepanjang proses pengajaran berlangsung untuk mengelakkan murid daripada bosan dan berasa lebih seronok untuk belajar. Pelbagai pendekatan juga digunakan bagi memastikan anak-anak mudah memahami topik pengajaran yang ingin disampaikan dan membolehkan mereka untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.