Saya merupakan seorang bakal guru yang kini sedang menjalani kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya merupakan seorang yang cergas dan bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang mudah dibuat kawan namun saya juga seorang yang tegas dalam hal hal yang melibatkan pendidikan dan amanah. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat dan tujuan pengajaran yang saya akan ajari. Saya juga suka membantu anak didik saya dalam memahami teknik teknik soalan atau topik yang mereka tidak fahami dengan mudah dan berkesan. Saya seorang yang suka memberi ganjaran sekiranya pelajar saya dapat menjawab soalan dengan tepat agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik simbol dan objek dalam memahami dan mengingati definisi atau sesuatu proses (sains) dalam topik yang dijalankan. Saya juga menggunakan alatan bahan bantu mengajar untuk menerangkan topik yang akan dipelajari. Saya juga merupakan seorang yang suka menggunakan kemudahan IT dalam mengakses pendidikan untuk pelajar. Saya juga menyediakan nota yang ringkas dan ceria dari segi peta minda, lukisan dan warna warna untuk memudahkan pelajar dalam mengingati topik yang dipelajari.