Saya Zulhelmi, graduan MBBS (Perubatan). Saya mahu membantu sesiapa sahaja yang mahu bimbingan terutama dalam subjek Biologi, Sains, dan Matematik kerana itu merupakan subjek kegemaran saya untuk mengajar. Saya akan mengajar mengikut kemampuan, dan cara seseorang itu belajar. Bagi sesiapa yang masih mencari cara yang belajar yang effective, saya akan bimbing dan bersama-sama merungkai cara belajar yang efektif bagi individu tersebut. Bagi saya, setiap orang cara belajar dia berbeza cuma tugas seorang pengajar adalah untuk mengenal pasti cara itu supaya para pelajar dapat mencapai potensi dirinya yang tertinggi.
Teaching Method(s)
Saya akan membuat kuiz sebelum dan selepas kelas supaya kita dapat mengenal pasti pelajar dapat capai objektif pembelajaran untuk kelas pada hari itu.
[Biology]
Untuk subjek Biologi, saya akan menekankan dari segi gambar dan video untuk memastikan pelajar boleh lihat proses dan mengambarkan struktur subjek yang dibincang.
[Matematik]
Lebih banyak kepada latihan, tetapi saya akan lebih kaitkan dengan situasi harian yang pelajar akan lalui supaya pelajar boleh lebih memahami soalan dan cara bagimana untuk atasi masalah Matematik tersebut.
Akan tetapi, ia bergantung kepada pelajar tersebut. Ini kerana setiap pelajar ada cara mereka yang berbeza dan tugas saya adalah untuk membimbing dan mengajar dengan cara yang pelajar lebih selesa.