Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman mengajar subjek Fizik dan Matematik Tambahan selama lebih dua tahun. Saya juga sangat berdedikasi dan prihatin terhadap pelajar saya. Saya juga seorang pendengar yang baik dan sedia membantu sebaik mungkin kerana saya percaya pembelajaran seseorang pelajar haruslah seiring dengan semangatnya untuk belajar tanpa rasa terpaksa.
Teaching Method(s)
Saya akan utamakan penguasaan asas terlebih dahulu kepada pelajar-pelajar lemah dengan memberikan soalan-soalan mudah. Saya akan menggunakan modul yang saya reka sendiri seiring dengan silibus sekolah yang telah dicetak di mana dalam modul tersebut terdapat nota yang boleh dibaca kemudian dan juga latihan yang hampir sama dengan contoh supaya pelajar boleh kait dengannya dan cuba sendiri. Modul tersebut juga menggunakan bahasa yang mudah dan ayat yang ringkas supaya pelajar mudah faham.