Saya seorang tutor yang mempunya pengalaman dalam bidang komunikasi dan korporat. Saya mempunyai pengalaman dalam mengendalikan sesuatu program yang melibatkan pemikiran aras tinggi. Selain itu, saya juga seorang yang mudah berkawan dengan semua orang tidak kira muda mahupun tua. Akan tetapi jika dalam waktu bekerja saya seorang yang serius dan tegas bagi memastikan segala kerja dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya ialah saya akan mencuba untuk berkawan dahulu dengan anak murid saya bagi memastikan mereka selesa bersama saya. Saya juga suka mengendalikan kelas dengan situasi yang santai dan beraktiviti bagi memastikan anak murid saya tidak tertekan semasa pembelajaran