Profile Picture

Wan Nur *******

(Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Islam

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Machang, Kelantan

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang pelajar yang masih belajar untuk mengajar, saya sangat minat untuk sampaikan sesuatu ilmu yang saya tahu sehingga orang yang mendengarnya faham.

Oleh sebab itu, saya memohon IPG setelah tamat SPM supaya saya dapat menjadi guru suatu hari nanti. Hal ini kerana saya terlalu minat untuk menjadi seorang guru. Saya juga yakin saya mampu untuk menjadi seorang guru yang hebat sekiranya saya banyak ilmu dan pengalaman mengajar dengan belajar daripada kesilapan yang lalu.

Dengan pelbagai latihan mengajar di IPG, jadi saya cuba untuk menyahutkan diri saya untuk cuba mengajar di MyTutor ini supaya lebih banyak pengalaman saya, serta dapat saya kongsikan ilmu bersama.

Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya adalah saya akan menggunakan teknik pengulangan yang mana saya suka sekiranya mengajar sesuatu walaupun secara berkali
kali kerana mampu untuk meningkatkan pemahaman pelajar. Dalam mengajar juga saya akan pastikan pelajar betul betul faham apa yang saya ajar, dengan mengulangnya selagi mana mereka tidak mahir.

Selain itu, saya juga suka teknik mengajar yang tidak terlalu tegas dengan pelajar , kerana saya yakin apabila kita sampaikan ilmu dengan penuh ketenangan, kesabaran dan keikhlasan, ilmu itu akan lebih mudah diserap oleh pelajar.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Darjah 1, Tadika
P. Islam Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 1
Fardhu Ain Tadika