Profile Picture

Salman Hariz *******

Sarjana Muda - Undang-undang

Universiti Sains Islam Malaysia (Ongoing Study)

Telok Panglima Garang, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang pendidikan dan pengucapan awam. Saya mempunyai pemahaman yang baik dalam kurikulum dan modul akademik semasa membolehkan perkongsian perspektif dan sudut pandang yang unik dan berbeza kepada pelajar. Kemahiran saya dalam bidang pengucapan awam mendidik saya ke arah satu pembentukan idea dan pandangan yang lebih kritikal dalam suatu keadaan. Juga, pengalaman saya dalam mendidik pelajar sebelum ini juga telah menyiapkan saya untuk lebih memahami masalah dan kerungsingan pelajar khususnya dalam bidang akademik. Justeru, saya cenderung untuk mengintegrasikan sesi pembelajaran saya dengan nilai manusiawi dan sahsiah. Jadi, hubungi saya jika anda inginkan anak anda untuk mendapat pendidikan terbaik.
Teaching Method(s)
Berbeza dengan tutor yang lain, saya lebih melihat pendidikan pelajar sebagai satu bentuk pengembaraan. Ini kerana setiap pelajar mempunyai keunikan dan kebitaraan yang tersendiri yang mampu untuk dikembangkan. Oleh kerana itu, saya tidak akan meletakkan satu kaedah pembelajaran yang tetap yang perlu diikuti oleh setiap pelajar, kerana mereka berhak mendapat satu pendekatan pendidikan yang fleksibel. Tiada pendekatan pendidikan yang bersifat universal yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja. Maka, saya akan membentuk modul dan strategi pendidikan yang mampu menyiapkan pelajar untuk sentiasa beradaptasi dengan perubahan semasa. Tidak dilupakan, aspek mental dan kesediaan pelajar turut akan saya utamakan sepanjang tempoh pembelajaran.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Tingkatan 5 Tingkatan 4
Pendidikan Islam
Tingkatan 5 Tingkatan 4
Sejarah
Tingkatan 5 Tingkatan 4
Usuluddin
Tingkatan 5
Al-Syariah
Tingkatan 5
UPKK Ulum syariah - Akidah
KAFA - Darjah 6
Mengaji - Al-Quran
Mengaji
Adab dan Sirah
KAFA - Darjah 6