Profile Picture

Muhammad Muhtadee *******

(Online)

Sarjana(master) - Sel Stem

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Ongoing Study)

Batu Berendam, Melaka

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya merupakan graduasi sarjana muda kursus sains bioperubatan dari UPM. Kini, saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana (Master of Science) bidang sel stem juga di UPM. Mendidik dan mengajar adalah minat saya tidak kira di peringkat umur sama ada dari sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di peringkat universiti.

Semasa di sekolah menengah serta di universiti, saya sentiasa akan mendidik dan membimbing rakan-rakan sebaya saya semasa pelajaran secara berkumpulan (study group / group discussion). Saya juga boleh membantu dan membimbing pelajar didikan saya dalam penyusunan jadual masa yang efektif, serta memberikan motivasi dan kata-kata semangat agar mereka akan sentiasa bersemangat dengan penuh harapan untuk kebaikan masa depan mereka. Jom belajar bersama saya!

Teaching Method(s)
Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik pengajaran saya secara umumnya adalah melalui dalam talian, namum saya akan membuatkan proses pembelajaran menjadi seperti kelas secara 1-to-1 yang akan mengapplikasikan sesi komunikasi secara dua hala. Saya juga akan mengaplikasikan teknik-teknik pelajaran dan didikan yang akan dapat menarik minat para pelajar seperti didikkan secara hibur, membuat nota yang mudah difahami, ajaran tips-tips teknik menjawab soalan yang bertaraf kemahiran berfikiran aras tinggi (KBAT) serta teknik didikan yang bergantung kepada keupayaan para pelajar itu sendiri agar mereka akan mudah memahami konsep subjek dan dapat mengikuti proses pembelajaran dengan lancar. Pendekatan peta minda juga akan diberikan bergantung kepada keperluan subjek.
Subject
Subject School Level
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5