Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam tugasan yang diberikan. Saya akan cuba untuk mewujudkan suasana yang selesa dalam kalangan pelajar agar mereka tidak akan berasa kekok dalam sesi pembelajaran yang dijalankan.
Teaching Method(s)
Saya lebih terdedah dengan teknik belajar yang sering digunakan terhadap diri sendiri seperti mengaitkan sesuatu yang dipelajari dengan apa yang berlaku di sekeliling. Kaedah ini memudahkan pelajar untuk menggigati sesuatu fakta yang dipelajari untuk jangka masa panjang, dan lebih terbuka terhadap sesuatu isu. Mereka juga akan lebih faham tentang apa yang dipelajari berbanding sekadar menghafal sesuatu fakta.