Saya adalah tutor yang bertanggungjawab ke atas anak didik saya dan saya mempunyai semangat yang tinggi untuk memberikan tunjuk ajar kepada anak didik saya. Saya seorang yang ramah dan tegas dengan anak didik saya. Saya seorang yang tekun dan suka membantu anak didik saya sehingga mereka mencapai matlamat mereka dalam memahami subjek yang diajar. Saya pasti saya adalah tutor terbaik anda, Pilih saya sebagai tutor anda sekarang !
Teaching Method(s)
Sebagai seorang tutor, saya mengutamakan teknik pengajaran yang interaktif dan memupuk minat belajar anak didik saya. Saya percaya bahawa setiap individu memiliki gaya belajar yang berbeza, oleh karena itu, saya selalu berusaha untuk menyesuaikan teknik pengajaran saya sesuai dengan keperluan individu. Saya akan berikan beberapa latihan matematik yang sesuai dengan tahap anak didik saya supaya mereka tidak akan rasa terbeban dengan latihan-latihan ini. Saya yakin bahawa salah satu cara dalam menguasai Matematik adalah dengan menyelesaikan latihan-latihan Matematik dengan selalu. Selain itu, saya akan adakan kuiz berkala kepada anak didik saya bagi memahami tahap kefahaman mereka. Saya juga akan memantau anak didik saya, sama ada mereka memahami dengan topik yang dipelajari.