Saya Farah syahidah. Saya merupakan Alumni Uitm Shah Alam dalam bidang teknologi maklumat dari Fakulti Sains Komputer & Matematik. Dari sekolah rendah lagi saya sangat berminat dengan Matematik dan pernah mengajar selama 2 tahun subjek Matematik & Bahasa Melayu sekolah rendah secara bersemuka pada tahun 2015 di rumah. Sebelum ini saya mengajar berdasarkan keperluan dan permintaan murid pada topik yang mereka lemah. Serta membantu memberi tunjuk ajar dalam menyelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh guru sekolah mereka.
Teaching Method(s)
Pendekatan yang saya lakukan ialah mengajar mengikut topik silibus terlebih dahulu. Seterusnya, mengenalpasti topik yang pelajar lemah. Sebelum memulakan topik tersebut saya akan menunjukkan contoh jalan kerja dan membuat latihan bersama pelajar. Seterusnya, mengulang semula topik tersebut sehingga pelajar faham & membuat latih tubi