Profile Picture

Muhamad Shafiq *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Civil Engineering

Universiti Tenaga Nasional (Graduated)

Hulu Langat, Selangor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya En. Muhamad Shafiq merupakan seorang jurutera tapak (Site Engineer) di salah sebuah firma pembinaan swasta di Kuala Lumpur. Berpengalaman didalam industri pembinaan terutamanya kerja - kerja Geoteknik, pembinaan cerucuk (piling) dan juga basement bertingkat selama hampir 8 tahun sama ada di dalam dan luar negara (di Kemboja selama 2 tahun) . Pengalaman yang ada sebagai tutor bermula sejak 2 tahun terakhir semasa program ijazah kejuruteraan dan juga 2 tahun terawal bekerja sebagai Jurutera sepenuh masa dan sebagai private tutor sebagai kerjaya sampingan. Pernah mengajar di rumah sendiri, rumah Client dan juga dimana mana yang disepakati sesuai bagi kedua dua tutor dan juga Client. Sebagai seorang Jurutera, passion saya ada berkisar pengiraan atau teori teori Sains yang merupakan asas dalam kerja kerja Kejuruteraan. Subjek utama saya adalah subjek - subjek Sains (Physics dan Chemistry), Matematik (kedua dua Matematik Modern dan Tambahan). Disamping itu, saya juga agak well versed dalam subjek Geografi dan juga Sejarah. Tidak mendapat skor selain dari A bagi kedua dua subjek Geografi dan juga Sejarah bermula Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 5.
Teaching Method(s)
Pembelajaran boleh dilakukan dalam kedua dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Kebiasaannya temubual awal akan dijalankan kepada pelajar bagi mengetahui tahap penguasaan pelajar itu dalam subjek tersebut. Setelah mengenal pasti tahap penguasaan, barulah teknik pembelajaran (penyediaan modul, nota, bahan pembelajaran) dapat disesuaikan dengan kehendak dan keperluan pelajar tersebut. Kebiasaannya, saya akan mementingkan latihan topikal bagi memastikan pelajar menguasai asas sesuatu pembelajaran, dan kemudiannya bergerak ke tahap soalan yang lebih mencabar seiring dengan perkembangan pelajar.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Kimia DLP Tingkatan 4
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mathematics DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 5