mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Aiman *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Applied Science In Mechanical Engineering

University of British Columbia (Canada) (Telah Bergraduasi)

Kerteh, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Boleh panggil saya Aiman, atau Ridwan. Saya berkelulusan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Bachelors of Applied Science in Mechanical Engineering, daripada University of British Columbia, Kanada di bawah tajaan MARA. Kini saya berkhidmat di Petronas Gas Berhad sebagai eksekutif jurutera mekanikal. Dahulunya saya merupakan seorang pelajar yang suka belajar melalui memberi bimbingan kepada rakan-rakan sekelas saya. Saya mempunyai minat yang mendalam terhadap subjek Matematik dan Sains. Saya berpegang teguh pada konsep peer teaching di mana ia telah memainkan peranan yang sangat besar sepanjang saya menuntut ilmu dari sekolah sehinggalah ke menara gading di bumi daun luruh merah. Saya turut pernah dijemput oleh pihak sekolah lain bagi mengendalikan seminar motivasi buat pelajar tingkatan 4 sewaktu saya menduduki peperiksaan SPM dan sehingga kini masih dijemput oleh persatuan alumni sekolah untuk memberikan perkongsian. Saya percaya anak anda boleh menemukan kembali kilauan keyakinan diri mereka. Ayuh bersama-sama kita menelusuri langkah ini bersama-sama dengan saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya mempunyai pengalaman mengajar hampir 5 tahun dan memperkenalkan pelbagai teknik pembelajaran untuk setiap pelajar. Bagi saya, pendidikan bukanlah hanya terhad kepada di dalam kelas atau berpandukan buku teks sahaja. Namun, kertas peperiksaan yang bakal dijawab oleh anak-anak ini adalah pas ekspres kepada kerjaya profesional yang mampu menyumbang kembali kepada masyarakat. Maka, teknik-teknik yang saya terapkan kepada pelajar bergantung kepada keupayaan masing-masing. Saya memastikan mereka mempelajari sesuatu dengan mengalaminya sendiri secara praktikal. Saya percaya pemahaman secara pengalaman mampu memudahkan proses pembelajaran pelajar bukan sahaja pada subjek yang diajar, malah diterapkan kepada subjek-subjek lain. Saya menggunakan pelbagai teknologi terkini dalam kelas seperti ChatGPT dan beberapa aplikasi lain untuk memudahkan pemahaman pelajar. Saya turut menggunakan teknik pengajaran antara disiplin di mana saya akan mengaitkan suatu subjek dengan subjek lain agar dapat menanam pemahaman yang lebih mendalam terhadap pelajar. Teknik ini menyerupai pendekatan peta minda cuma ia membuka minda pelajar lebih luas agar mereka menjadi lebih berdikari dalam proses pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Dewasa
Matematik Darjah 6, Tingkatan 4
Sains Darjah 6, Tingkatan 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 4
Matematik Tambahan Tingkatan 4
Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4
Tasawwur Islam Tingkatan 4
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4