mytutor_mobile
Profile Picture

Nuramirah Aisyah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (dengan Kepujian) Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan

Universiti Kebangsaan Malaysia (Sedang Belajar)

Muadzam Shah, Pahang

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang bermatlamat untuk membantu anak didik saya mencapai kecemerlangan terutama dalam agama Islam. Ini kerana mereka adalah penyambung generasi yang akan datang di masa hadapan. Saya juga ingin menerapkan nilai - nilai Islam dalam kalangan anak muda supaya mereka berasa dekat dengan agama. Saya akan membantu anak didik saya supaya memahami pelajaran dengan sebaiknya malah mendalami agama Islam. Saya juga suka untuk melayan dan berinteraksi dengan anak didik supaya mereka tidak berasa bahawa pelajaran hanyalah suatu perkara yang menyusahkan. Inginkan anak - anak anda berjaya terutama dalam pengajian Islam? Hubungi saya hari ini !
Teknik Pengajaran
Saya akan menyesuaikan teknik pengajaran mengikut tahap penguasaan pelajar dan permintaan ibu bapa.

Saya akan :

- menggunakan kaedah bermain, berhibur dan demonstrasi untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan tetapi tetap fokus ketika sesi pengajaran disampaikan.
- menyediakan teknik membaca dan kata kunci dalam kaedah pengajaran agama Islam terutama Al - Quran supaya mereka dapat menguasai kemahiran - kemahiran yang diperlukan dengan mudah.
- menggunakan kaedah video menarik di youtube dan nota ringkas untuk digunakan dalam pengajaran supaya anak didik tidak tersasar dan dapat membuat rujukan kembali.
- membuat sesi kuiz untuk menilai tahap penguasaan pelajar dari semasa ke semasa.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 6, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Membaca - BM Darjah 1
Mengaji - Al-Quran Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6, Mengaji, Darjah 3, Darjah 2