mytutor_mobile
Profile Picture

Nor Asyikin

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Matematik Pengurusan

Universiti Teknologi MARA (Arau) (Telah Bergraduasi)

Kota Bharu, Kelantan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang fokus dan komited demi memastikan anak didik saya mencapai keputusan yang cemerlang. Semangat untuk belajar dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih berilmu dan berpendidikan tidak pernah luntur dalam diri saya. Keazaman yang tinggi menjadikan saya orang yang lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai impian dan cita-cita yang lebih besar pada masa yang akan datang. Proses pembelajaran adalah satu proses yang tidak pernah habis tidak kiralah belajar secara formal di pusat pedidikan atau secara informal di mana-mana sahaja. Impian untuk menjadi seorang pendidik menjadikan saya orang yang sentiasa dahagakan ilmu untuk terus belajar dan membina jati diri yang lebih kuat untuk membentuk lebih ramai insan yang akan berjaya pada masa akan datang. Saya juga merupakan seorang yang suka untuk berkongsi ilmu sejak dari zaman belajar sehingga ke hari ini kerana ilmu akan sentiasa bertambah dengan adanya praktikal seperti mengajar.
Teknik Pengajaran
- Menyediakan bahan belajar yang complete mengikut silibus yang ditetapkan.
- Menyediakan soalan latihan untuk diselesaikan bersama-sama dalam kelas.
- Memberikan ruang kepada pelajar untuk bertanya.
- Berkongsi teknik belajar dan cara menjawab soalan.
- Memberikan fokus yang lebih kepada pelajar yang kurang cekap.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5