mytutor_mobile
Profile Picture

Ahmad Azhraf *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Teaching English As Second Language (tesl)

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Kota Bharu, Kelantan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi! Saya cikgu Azhraf. Saya merupakan seorang siswa guru yang sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat sarjana muda di IPG Kampus Pulau Pinang. Berbekalkan 3 tahun pengalaman, saya terdedah kepada pelbagai teori dan praktis dalam mengajar Bahasa Inggeris. Penglibatan praktikum selama 3 bulan di SK Batu Lanchang juga telah meningkatkan kemahiran saya di samping menggilap profesionalisme saya sebagai seorang guru. Keputusan A dalam fasa praktikum baru-baru ini membuktikan kebolehan saya dalam menyampaikan pengajaran menarik, selain mampu mengawal kelakuan murid-murid. Bagi SPM, saya telah memperoleh A+ dalam Bahasa Inggeris, A+ dalam Fizik dan A dalam Matematik. Kemahiran BI dan Fizik saya masing-masing tertumpu kepada penulisan dan pemikiran logikal.
Teknik Pengajaran
Penguasaan yang mendalam dalam bidang teknologi membuka peluang kepada lebih banyak variasi dalam proses mengajar. Antaranya adalah Quizizz, Canva dan Jamboard. Kebolehan ini membuka kunci kepada teknik gamifikasi selain terbukti mampu menarik perhatian murid untuk jangka masa yang panjang. Pengajaran Bahasa Inggeris saya dilengkapi dengan kompilasi perkataan dan frasa yang mudah dan menarik untuk digunakan dalam penulisan esei. Adapun pengajaran Fizik/ Sains/ Matematik, saya akan menggunakan konsep Fantastic Four iaitu; Fahamkan Konsep; Hafal Formula; Latihan Bertubi; Latihan KBAT. Akhirnya, pengajaran saya adalah berpandukan subtopik, dimana organisasi dan penyimpanan maklumat selepas kelas akan lebih teratur.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5