mytutor_mobile
Profile Picture

Ummi Syahirah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Sarjana Perakaunan

Universiti Kebangsaan Malaysia (Sedang Belajar)

Sungai Buloh, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Ummi. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Perakaunan merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Perniagaan merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Saya juga mudah bergaul dan mesra dengan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Penilaian & Maklumbalas

Mazlina Matlasa : Prinsip Perakaunan

Bagus, cikgu mengajar dengan jelas dan ada "whiteboard" kecil yang digunakan untuk memberi keterangan/gambaran yang jelas.

Mazlina Matlasa : Prinsip Perakaunan

Cikgu Ummi merupakan cikgu yg amat dedikasi. Beliau akan memastikan muridnya faham dengan topik pada hari tersebut seblm selesai sesi. Anak saya pun nampak boleh ikut cara cikgu ummi mengajar.

Dayang Sharmy Hartini : Prinsip Perakaunan

Sangat bagus. Terima Kasih Cikgu Ummi, atas ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan.

Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Tadika
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Perniagaan Tingkatan 4, Tingkatan 5