mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Diyana *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Mekanikal

University of Adelaide (South Australia) (Telah Bergraduasi)

Batu Caves, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya mempunyai pengalaman bekerja sebagai Piping Engineer selama 5 tahun dalam industri minyak dan gas (jurutera berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia) & mempunyai latar belakang pendidikan yang kukuh dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Univeristi of Adelaide, Australia pada September 2018 & pendidikan peringkat menengah di MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan, di mana saya berjaya menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan yang cemerlang, meraih 10As. Sebagai seorang tutor, saya mempunyai kebolehan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk peringkat rendah dan mata pelajaran teras di peringkat menengah serta kurikulum Cambridge. Selain itu, saya juga mempunyai kebolehan mengajar kemahiran melukis dan mengaji. Dengan gabungan latar belakang pendidikan yang kukuh, pengalaman bekerja yang berkaitan dan kebolehan dalam pelbagai mata pelajaran, saya bersedia untuk membantu pelajar mencapai potensi maksimum mereka.
Teknik Pengajaran
Saya mengaplikasikan kaedah pengajaran yang menarik perhatian pelajar, memastikan mereka teruja untuk belajar. Saya mempersembahkan konsep-konsep ringkas dengan analogi yang terdekat dan berkaitan, serta formula mudah untuk memastikan pelajar mudah memahami. Selain itu, saya mengutamakan penggunaan bahan mengajar yang tepat dan berkualiti untuk memudahkan mengingati informasi penting. Saya tutor yang bersemangat membantu anak didik memahami konsep dan bukan sekadar menghafal. Saya percaya bahawa pemahaman yang kukuh membawa kepada pencapaian yang berkekalan.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika, Dewasa
Matematik Darjah 5, Tadika, Darjah 2, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Darjah 2
Bahasa Inggeris Cambridge - Tahun 11, Tadika, Darjah 2