mytutor_mobile
Profile Picture

Elizabeth Nia *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Applied In English Studies

Universiti Poly-Tech Malaysia - UPTM (Sedang Belajar)

Kota Samarahan, Sarawak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan komited terhadap satu matlamat. Sejak di bangku sekolah,saya sering membantu rakan-rakan sekelas dalam mata pelajaran yang saya kuasai. Saya berupaya untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam masa yang singkat. Saya mempunyai teknik dan kaedah mengajar yang membolehkan pelajar mudah faham dan mudah untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang fleksibel. Saya tidak akan meletakkan beban dan tekanan terhadap pelajar kerana belajar dan mengajar merupakan suatu perkara yang menyeronokkan.
Teknik Pengajaran
Saya akan mengadakan kelas secara atas talian. Bahan-bahan pembelajaran akan disediakan secara atas talian seperti slides pembentangan,peta minda dan e-book atau contoh hasil kerja individu lain sebagai rujukan. Sesi soal jawab juga akan dijalankan. Saya akan menerangkan satu persatu mengenai topik yg dipelajari. Saya juga akan membantu pelajar menyelesaikan tugasan sekolah yang diberikan oleh sekolah sekiranya pelajar memerlukan bimbingan. Kelas akan diadakan sama ada melalui google classroom,jamboard atau berhubung melalui telegram.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6, Darjah 6
Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tadika, Darjah 6
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6
MUET STPM - Tingkatan 6
Matematik Darjah 6