mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Farahanna *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Science And Molecular Biology

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Sedang Belajar)

Hulu Langat, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Asalammualaikum dan Hai! Saya Cikgu Hanna. Saya mewakili diri saya sebagai seseorang yang extrovert dan sosialit. Saya selesa untuk bergaul, berbincang dan berkomunikasi dengan orang yang baru saya kenali. Saya juga menggambarkan diri saya sebagai seorang yang tabah dan bersemangat, saya fleksibel dalam menyesuaikan diri dengan perubahan yang mendadak Saya sentiasa menetapkan matlamat untuk diri saya sendiri supaya saya mempunyai sesuatu untuk dicapai dan dikembangkan. Menjadi Tutor bukanlah perkara yang janggal bagi saya, saya telah menceburi khidmat menjadi Home Tutor sejak Mac 2023 sehingga ke hari ini dengan mengajar subjek Fizik, Sains dan Biologi. Melalui pengalaman saya, saya telah membangunkan kemahiran komunikasi asas dan lebih mendalam serta menanamkan sikap sabar dan profesional. Saya yakin saya berupaya untuk menyumbang dan manabur bakti kepada pekerjaan baharu saya dengan gig anda. Bagi saya, platform ini berupaya menyediakan kemudahan dua hala iaitu pada ibu bapa dan juga guru dan pengajar di luar sana supaya senantiasa menabur bakti buat masyarakat dan anak didik kita. Titik mula saya ingin menjadi Tutor adalah apabila saya pernah memegang jawatan sebagai Peer Assistance Learning (Pal Leaders) semasa pengajian Matrikulasi dan saya berusaha untuk menambah baik dan mencabar diri saya dalam bidang pendidikan ini. Saya berharap agar saya berpeluang bekerja sebagai tutor bagi platform ini kerana saya sentiasa merasakan menjadi pendidik dan berkongsi ilmu adalah suatu perkara yang "fulfilling" buat saya.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya adalah "Learn and Apply", bagi saya, sekolah mempunyai takwim yang lebih padat dan terhad, maka masa persekolahan hanyalah suatu tempoh buat pelajar untuk mengetahui silibus terbaharu mereka dan belajar asas dan permukaan bagi topik-topik yang terlibat. Pelajar cenderung sukar untuk menguasai kefahaman yang kondusif kerana kurangnya latihan, jadi saya sebagai seorang tutor selesa dan gemar untuk mengajar dengan cara memecahkan semua subtopik bagi setiap topik dan terus membuat latihan mengikut subtopik yang saya sudah ajarkan supaya murid dapat mempunyai kefahaman yang lebih tinggi.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5