mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Nayli *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Education In Mathematics (institute Of Teacher Education Penang, Ipgkpp)

Lundu, Sarawak

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya telah melalui 5 tahun latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta berpengalaman mengajar di sekolah dan tutor peribadi. Dengan pengalaman itu, saya juga mencabar diri untuk cuba mengajar di semua peringkat iaitu dari matematik sekolah rendah (darjah 1) sehingga matematik menengah atas (tingkatan 5) bertujuan untuk melihat aliran silibus serta gaya pengajaran yang berbeza. Oleh itu, saya faham dan telah mendalami aliran silibus Matematik dari KSSR sehinggan KSSM. Saya boleh mengesan dimana kelemahan murid dan tajuk mana yang perlu ditekankan. Dengan itu, saya boleh membantu murid yang lemah terutamanya subjek Matematik untuk mendapat markah dan tahap penguasaan yang lebih baik. Selain itu, saya juga mendapat sijil daripada Google Certified Educator yang mengiktiraf kebolehan saya dalam mengimplementasikan pelajaran secara digital. Oleh itu, walaupun kelas dijalankan secara atas talian, mampu untuk menarik minat pelajar untuk belajar.
Teknik Pengajaran
Bidang kepakaran dan kemahiran saya adalah Pedagogi Matematik. Oleh itu saya mengetahui dan menggunakan pelbagai teknik dalam pengajaran saya sesuai dengan penerimaan dan gaya pembelajaran pelajar. Kebiasaanya, pada permulaan kelas saya akan memerhatikan gaya pembelajaran murid serta tahap penguasaan murid dengan mengadakan satu ujian keseluruhan untuk melihat tahap penguasaan konsep matematik. Selain itu, teknik yang digunakan adalah fokus kepada konsep yang belum kukuh dengan mengadakan ulangkaji dan latihan untuk meningkatkan penguasaan topik yang lemah disamping memperkukuhkan topik yang telah dikuasai. Selain itu, bagi murid sekolah rendah terutamanya tahap 1, yang menggunakan teknik belajar sambil bermain sesuai dengan jiwa dan peringkat perkembangan murid itu. Tambahan pula, saya sering menggunakan teknik inkuiri murid iaitu murid berfikir dan mencari jawapan sendiri dengan tidak 'menyuap' satu persatu supaya murid itu lebih memahami serta menerokai sendiri ilmu itu.
Penilaian & Maklumbalas

Khairiaty Khairudin : Matematik - DLP Bahasa Inggeris

Berpuashati

Nurshafinas Roslan : Matematik

Bagus

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Matematik Tambahan Tingkatan 5, Tingkatan 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Sains Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1