mytutor_mobile
Profile Picture

Masturina Auni *******

(Dalam Talian)

Sarjana(master) - Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Sedang Belajar)

Pasir Mas, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai saya Cikgu Masturina atau mesra dikenali sebagai Cikgu Mas. Saya merupakan bekas guru sekolah menengah yang sedang menyambung pengajian di peringkat master. Saya berpengalaman mengajar selama beberapa tahun di peringkat sekolah menengah. Saya merupakan seorang guru STEM yang mengajar subjek melibatkan Matematik, Sains dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) bagi menengah rendah dan menengah atas. Subjek lain yang saya pernah mengajar adalah subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Geografi. Saya berkemahiran dalam menyusun dan membentuk kertas soalan serta modul latihan yang bersesuaian dengan pelajar di peringkat sekolah. Saya juga pakar dalam memberikan motivasi kepada pelajar bagi meningkatkan disiplin dan kesedaran dalam diri pelajar. Berminat untuk belajar dengan saya, hubungi saya sekarang.
Teknik Pengajaran
Selain pernah berkhidmat sebagai guru, saya juga merupakan seorang guru yang berpengalaman selama 3 tahun mengendalikan kelas tuisyen secara online. Pelbagai teknik pembelajaran telah saya praktikkan untuk mengendalikan kelas secara online supaya pelajar tidak bosan dan boleh memberikan tumpuan semasa kelas berjalan. Antaranya:

- Pengajaran mengikut silibus yang ditetapkan KPM.
- Nota bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar.
- Latihan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar.
- Pengajaran yang mengikut arus media semasa bagi menarik minat pelajar.
- Pembelajaran online yang tidak membosankan dan berfokus kepada pelajar.
- Penerapan nilai-nilai baik bagi memenuhi kriteria TP di peringkat sekolah.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5