mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Anisah

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Kewangan

Universiti Teknologi MARA (Bandaraya Melaka) (Telah Bergraduasi)

Nilai, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan tutor yang mempunyai 7 tahun pengalaman mengajar secara bersemuka dan dalam talian. Saya pernah mengajar pelajar sekolah rendah dan menengah rendah dalam subjek Matematik secara 1 to 1. Sebagai graduasi jurusan kewangan, aplikasi Matematik dalam kehidupan seharian amat saya titik beratkan. Oleh itu, saya bukan sahaja mengajar pelajar secara teoritikal tetapi secara konseptual juga yang boleh bantu mereka untuk lebih memahami suatu subjek dengan mudah. Sepanjang saya mengajar antara pencapaian pelajar saya yang saya amat bangga adalah peningkatan prestasi mereka dalam peperiksaan.
Teknik Pengajaran
Saya amat mementingkan pemahaman secara konseptual kerana dalam era pembelajaran yang menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, skil "critical thinking" sangat berguna dan efektif bagi bantu pelajar untuk memahiri pelbagai jenis soalan dalam peperiksaan di sekolah.

Selain itu, saya juga akan menerapkan ilmu yang diajar untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. ini kerana saya perlukan pelajar saya untuk merasai keseronokan meneroka luasnya ilmu tersebut yang boleh sahaja dijumpai dalam aktiviti yang mereka lakukan.

Semestinya praktis yang berterusan akan membuahkan hasil, jadi saya akan pastikan pelajar saya untuk mempraktikkan diri dengan soalan-soalan yang biasa keluar dalam peperiksaan. Ini supaya mereka boleh fokus kepada soalan (KBAT) yang memerlukan daya pemikiran yang lebih. Daripada praktis ini, dalam kalangan pelajar yang ajar berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tadika
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tadika
Membaca - BI Tadika, Darjah 1, Darjah 2