mytutor_mobile
Profile Picture

Rahayuagustina Binti *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kolej Vokasional (Tawau) (Telah Bergraduasi)

Sandakan, Sabah

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Rara. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 1 tahun lebih dalam mendidik pelajar tadika. Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Berkemahiran dalam teknik pengajaran menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga pakar dalam melahirkan pelajar celik al-Quran. Dari pelajar tidak mengenal huruf hijaiyah sehinggalah pelajar dapat membaca al-Quran dengan baik. Mahu anak anda cepat membaca dan celik al-Quran? Hubungi saya hari ini
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 1 tahun lebih dalam industri pendidikan awal kanak-kanak, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik fonik bagi subjek bahasa Melayu (membaca) merupakan suatu teknik yang telah saya aplikasikan dari pelajar berumur 4 tahun lagi. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika
Membaca - BM Tadika