About Me
Hai cikgu Siti , saya mempunyai latar belakang Engineering, tetapi saya berpengalaman lebih dari 5 tahun mengajar pelajar yang berumur 6 tahun sehingga 12 tahun di pusat tuisyen swasta . Saya boleh mengajar membaca subjek bahasa melayu , bahasa inggeris serta mengajar jawi . Saya percaya dengan mengajarkan teknik membaca dengan betul dapat membantu para pelajar mudah faham dan lebih seronok membaca . Hal ini dapat memberikan impak positif kepada pelajar dan lebih berkeyakinan dalam membaca .
Teaching Method(s)
Saya berpengalaman dalam bidang pendidikan ( membaca ) Selama 7 tahun menjadikan saya lebih peka tentang cara untuk menarik perhatian pelajar dengan pelbagai kaedah membaca diantaranya ialah:
• Menyanyi lagu berdasarkan suku kata yang mudah , buat game berdasarkan suku kata serta membuat latihan suku kata .
•Saya juga akan mengenalkan teknik fonik kepada pelajar ia mengaitkan dengan bunyi huruf dan lebih memudahkan proses mengingat sebutan huruf .
• Selain itu , saya juga menggunakan kaedah pandang sebut iaitu pelajar menyebut suku kata berdasarkan kad imbasan yang ditujukkan oleh guru . Kaedah ini pelajar perlulah mengecam gambar dan menyebutkan suku kata .
• Pelajar juga perlu menyebut berulang Kali ini kerana ianya Salah satu proses mengenal bunyi dan huruf suku kata .