mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Syamirul *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Undang Undang

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Sedang Belajar)

Manjung, Perak

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Syamirul Aiman. Dengan latar belakang pendidikan yang kukuh dalam bidang Sarjana Muda Undang Undang, saya yakin bahawa saya mampu untuk menjadi seorang tutor. 1. SPM: 7A 2B (Aliran Akaun) -fokus kepada subjek Ekonomi dan Perniagaan 2. Asasi Pengurusan UUM: CGPA 3.92 -Fokus: Basic Economic & Financial Accounting (Gred A) 3. Degree in Law: Current CGPA 3.5 Fokus: Entreprenuership, Basic Accounting & Banking Law dengan CGPA. Saya yakin bahawa kombinasi keupayaan akademik bersama dengan kemahiran komunikasi dan penyampaian yang baik, membuat saya menjadi calon yang sesuai untuk membantu pelajar dalam memahami dan menguasai mata pelajaran yang diajarkan
Teknik Pengajaran
Dalam pengajaran, saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi untuk berjaya, walaupun mungkin tidak lahir dengan bakat semulajadi. Saya sendiri bukanlah pelajar yang dianggap 'gifted', tetapi saya telah mengasah kecekapan saya dalam merangka nota dan membuat subjek mudah difahami. Bagi saya, pengajaran bukanlah sekadar menghafal fakta, tetapi lebih kepada memastikan pelajar memahami konsep yang diajar. Saya berpegang teguh kepada prinsip bahawa apabila seseorang benar-benar memahami sesuatu, mereka akan lebih cenderung untuk mengingatinya.

Oleh itu, saya sering menggunakan pelbagai teknik seperti penerangan secara terperinci, contoh-contoh yang relevan, dan latihan yang melibatkan pemikiran kritis. Saya juga aktif merangka nota yang ringkas tetapi padat dengan informasi penting untuk membantu pelajar memahami dengan lebih baik.
Subjek
Subjek Tahap
Perniagaan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5