mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Zairul *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Pertanian

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Telah Bergraduasi)

Gua Musang, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Zairul Ikhwan merupakan tutor baharu yang mempunyai minat yang tinggi dan komited dalam mendidik serta mengajar murid-murid peringkat sekolah rendah dan menengah. Saya seorang yang peramah, penyayang, penyabar dan juga sedikit tegas dalam mengajar. Saya mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Perladangan selama 3 tahun peringkat Diploma dan bidang pendidikan Sains Pertanian selama 4 peringkat Ijazah. Saya boleh membimbing dan membantu anak-anak Tuan/Puan yang mengambil subjek khususnya subjek Pertanian (Tingkatan 4 dan 5) bagi sekolah menengah dan subjek Tanaman Hortikultur bagi Kolej Vokasional. Jika Tuan/Puan mempunyai anak yang mengikuti kursus Pertanian di Kolej Vokasional atau mengambil subjek Pertanian di Sekolah Menengah, Tuan/Puan boleh menghubungi saya untuk membantu tingkatkan prestasi dan kemahiran anak Tuan/Puan dalam bidang Pertanian.
Teknik Pengajaran
Teknik Pengajaran yang akan saya gunakan dalam kelas adalah menggunakan bahan maujud, video, dan nota ringkas dalam bentuk Peta Minda. Bahan Maujud (Bahan Sebenar) digunakan mengikut topik pelajaran. Sebagai contoh topik TANAH, saya akan sediakan bahan maujud iaitu jenis-jenis Tanah (Tanah Pasir, Tanah Loam, Tanah Organik, Tanah Liat) untuk membantu proses pembelajaran semasa di dalam kelas. Seterusnya, video akan disediakan mengikut topik pelajaran bagi memudahkan murid Tutor merujuk semula selepas sesi kelas. Akhir sekali, nota ringkas dalam bentuk Peta Minda juga disediakan kepada murid supaya memudahkan mereka mengikuti sesi kelas dari awal hingga akhir pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap

Tutor Berdekatan Anda