Profile Picture

Nur Najwa *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Syariah Undang-undang

Universiti Islam Selangor (Graduated)

Pasir Gudang, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya cikgu Najwa. Saya mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan sekolah rendah selama hampir 4 tahun. Subjek Sains adalah subjek yang paling lama saya mengajar dan subjek matematik dan bahasa melayu merupakan subjek minor.
Saya juga mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang KAFA sekolah rendah agama. Berkemahiran dalam mengajar mengikut standard kurikulum terkini. Saya akan memastikan anak murid didikan saya akan sentiasa bersemangat dan mencapai matlamat mereka. Saya seorang yang ramah tetapi tegas ketika mengajar. Saya juga pandai mengambil perhatian anak didikan saya supaya terus fokus di dalam kelas saya. Jadikan saya sebagai tutor anda hari ini!

Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan pelbagai teknik di dalam kelas saya untuk saya sesuaikan dengan topik pembelajaran pada kelas tersebut. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur pada anak murid saya supaya mereka lebih memahami objektif pembelajaran pada kelas tersebut. Saya akan bekalkan dengan pelbagai lampiran nota dan latihan untuk menambahkan lagi pengetahuan dan kefahaman anak didik saya.
Subject
Subject School Level
Sains Darjah 6, Darjah 5
Matematik Darjah 4, Darjah 5
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 4
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
P. Islam Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6