Profile Picture

Nur Syafizan *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Sains Politik)

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Wangsa Maju, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum W.B.T. Saya tutor Syafizan. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda. Fokus utama khidmat saya adalah menawarkan pengajaran Al-Quran iaitu tahap Iqra' dan Al-Quran bagi semua peringkat umur. Buat masa ini, saya juga tenaga pengajar pembelajaran Al-Quran di bawah akademi Kelas Quran Online. Jadi saya memiliki pengalaman untuk membantu adik-adik mempelajari Al-Quran dengan betul dan sangat mudah. Selain itu, saya juga boleh mengajar subjek Matematik dan Sejarah bagi pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah. Bukan itu sahaja, jika ada yang memerlukan bantuan dalam pertandingan pidato atau debat, boleh terus hubungi saya. Jangan tunggu lagi. Jom Belajar Bersama Tutor Syafizan!
Teknik Pengajaran
Bagi pengajaran tahap Iqra', pertama saya akan bantu pelajar mengenali bentuk dan nama huruf. Kedua, saya menekankan sebutan makhraj huruf yang betul. Ketiga, saya akan membantu dari segi tajwid panjang dan pendek, sabdu dan sebutan tanwin yang betul.

Manakala, bagi pengajaran tahap Al-Quran pula berfokuskan kepada pembelajaran hukum tajwid dan cara bacaan Al-Quran dengan tajwid yang betul. Di samping itu, saya akan menggunakan teknik kuiz atau game secara berkala bagi merancakkan suasana pembelajaran adik-adik.

Bagi subjek Matematik dan Sejarah, saya akan mengajar berpandukan modul sekolah beserta latihan intensif secara berperingkat. Asas dalam pidato dan debat pula, akan saya ketengahkan teknik yang betul beserta idea yang jelas dan selari dengan isu semasa.

Tunggu apa lagi, Jom Belajar Bersama Tutor Syafizan!
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika, Dewasa, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mengaji - Al-Quran Dewasa
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Membaca - BM Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 4
P. Islam Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Asas Fardhu Ain Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1
Mengaji - Al-Quran Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Mengaji
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Pidato Asas (Basic)
Debat Asas (Basic)
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1, Darjah 3