Profile Picture

Muhammad Nazreen *******

(Physical & Online)

Diploma / Stpm - Diploma In Computer Science

Kolej Profesional MARA Beranang (Graduated)

Bandar Baru Bangi, Selangor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan lepasan Diploma dari Kolej Profesional MARA Beranang dalam jurusan Sains Komputer. Saya telah berjaya menamatkan pengajian diploma dengan CGPA 4.00. Saya minat terhadap subjek berteraskan analitik seperti Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik. Ketika di sekolah menengah, saya telah mengambil aliran sains tulen serta memperoleh 11A dalam SPM. Berbekalkan minat terhadap subjek berkaitan Matematik, saya memilih untuk menceburi bidang sains dan teknologi seperti pengaturcaraan komputer dan aplikasi web. Saya juga bercita-cita untuk menjadi saintis data di masa akan datang.
Teaching Method(s)
Sepanjang tempoh pengajian saya di Kolej Profesional MARA Beranang, saya banyak membantu serta mengajar rakan sekursus saya berkenaan bahasa pengaturcaraan komputer seperti Python dan Javascript. Ketika di peringkat sekolah menengah pula, saya merupakan bekas ketua guru muda SPM ketika di Tingkatan 5. Oleh itu, memberi kefahaman kepada seseorang bukanlah menjadi perkara asing bagi saya. Seseorang yang bijak adalah seseorang yang terus bertanya jika mereka tidak tahu. Jika seseorang itu malu hendak bertanya, adalah menjadi tugas saya untuk bertanyakan soalan kepada mereka supaya dapat membuktikan kefahaman mereka terhadap sesuatu subjek. Bagi subjek Matematik, saya akan mengenal pasti cara yang paling mudah untuk difahami oleh seseorang supaya mereka lebih selesa untuk menyelesaikan soalan tersebut.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6, Darjah 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4
Sains Komputer Tingkatan 4