Profile Picture

Khairina Ashiqin

(Online)

Sarjana Muda - Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua

Universiti Selangor (Bestari Jaya) (Graduated)

Rawang, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Mudah disapa dengan gelaran Teacher Khai. Saya merupakan graduan daripada bidang TESL, ataupun Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua. Saya berpengalaman dalam mengajar Bahasa Inggeris semasa praktikal, dan juga masih aktif dalam tugas sebagai guru ganti sementara menunggu panggilan daripada Suruhanjaya Pegawai Pendidikan (SPP). Sebagai guru Gen Z, saya yakin bahawa saya mampu mendekati dan memahami kesukaran murid-murid dan mampu membimbing mereka dalam membaiki kelemahan yang sedia ada, ataupun memberi lebih keyakinan didalam diri mereka. Sepanjang pengalaman saya menjadi guru, murid-murid dibawah ajaran saya yang dahulunya malu, atau timid dalam menggunakan Bahasa Inggeris, telah berani dan bersemangat untuk bertutur dalam bahasa asing itu.
Teaching Method(s)
Terdapat beberapa teknik pengajaran yang saya terapkan dalam pengajaran saya. Antaranya adalah seperti berikut:

- Pengajaran Bahasa Inggeris adalah secara santai.
- 'Student centred', murid harus terlibat secara aktif dan bukan pembacaan buku ataupun penulisan semata.
- Teknik permainan bahasa, dimana unsur 'game' akan dimasukkan untuk mengurangkan pengajaran tradisional.
- Teknik main peranan, atau role-play supaya murid dapat membiasakan diri untuk bertutur dan mendalami situasi.
- Teknik simulasi, dimana murid akan diminta untuk menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk menyelasaikan tugasan yang diberikan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2