About Me
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Saya Arif, merupakan guru vokasional di sebuah institusi pendidikan vokasional di Selangor. Berpengalaman 6 tahun sebagai guru muda dalam subjek vokasional merupakan satu perkara yang mencabar dan sangat seronok untuk diterokai. Perkara ini telah membuka minda saya terhadap pentingnya menguasai subjek akademik terutamanya Matematik di peringkat asas. Jadi, saya berazam untuk membantu pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajar ke bidang kejuruteraan supaya menguasai sepenuhnya pembelajaran matematik di sekolah agar dapat mempersiapkan diri jika melanjutkan pembelajaran suatu hari nanti.
Teaching Method(s)
Teknik pembelajaran yang 'straight to the point' akan diterapkan oleh saya sebagai Tutor. Apa guna ke kiri dan ke kanan jika sudah nampak jalan di hadapan. Asasnya Matematik merupakan satu subjek yang seronok untuk diterokai dan memperoleh kepuasan jika dapat menyelesaikannya.