Profile Picture

Adam Geordrey *******

(Online)

Sarjana(master) - Linguistics

Universiti Malaya (Petaling Jaya) (Graduated)

Kuching, Sarawak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Adam. Saya merupakan seorang graduan jurusan pendidikan Bachelor of Education (TESL) dari Universiti Malaysia Sabah dan kini dalam pengajian di peringkat sarjana (Masters) dalam bidang Linguistik di Universiti Malaya. Memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bagi peringkat Tadika, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Mata pelajaran dominan yang diajar adalah Bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain adalah Bahasa Melayu, Matematik, dan Sains. Komited dengan tanggungjawab dan peranan sebagai pendidik dan berkebolehan dalam pembinaan modul pengajaran, pembelajaran, penilaian, dan ujian menjadikan saya seorang guru yang berkebolehan tinggi dalam membantu pelajar mempertingkat potensi, kemahiran, serta ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang akademik dan pendidikan sepanjang hayat. Percaya bahawa dorongan positif bermotivasi mampu memberi galakan kepada pelajar untuk mempertingkat kualiti diri, saya mengetengahkan sesi bimbingan akademik yang turut menerapkan unsur motivasi sebagai pelengkap diri setiap pelajar. Berhasrat untuk menjadikan anak anda atau diri anda sebagai penuntut ilmu yang bermodal insan tinggi? Hubungi saya dan tempah sesi bimbingan bersama saya pada hari ini. Pelaburan hari ini, adalah untuk hasil yang boleh dirasai dan dinikmati di kemudian hari.
Teaching Method(s)
Sesi bimbingan akademik yang pelajar akan nikmati bersama saya sebagai tutor adalah berpusatkan pelajar. Pelaksanaan sesi bimbingan secara atas talian memberikan pelajar akses penuh terhadap semua bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sepanjang sesi bimbingan akademik dijalankan. Ibu bapa akan turut diberi akses kepada hasil kerja pelajar bagi tujuan makluman dan penambahbaikan. Mengetengahkan teknik berpusatkan pelajar, setiap sesi akan dimulakan dengan merungkai permasalahan yang dialami oleh pelajar dan kemudiannya meneruskan sesi bimbingan dengan pemahaman konteks pembelajaran, pelaksanaan teknik uji-tahu-uji, pengukuhan dan ulang kaji. Setiap teknik dan bahan yang digunakan adalah bersifat peribadi dan berfokus sebagai tujuan menepati keperluan dan kehendak unik setiap pelajar. Fokus dan matlamat utama sesi bimbingan bersama saya adalah memastikan setiap saat dan ringgit yang dilabur adalah dijamin melebihi paras standard berpatutan dan berbaloi.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Dewasa
Communication & Writing Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Bahasa Melayu Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Dewasa
Membaca - BM Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Sains Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Matematik Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Drama Mahir (Professional), Pertengahan (Intermediate), Asas (Basic)
Teater Mahir (Professional), Pertengahan (Intermediate), Asas (Basic)
Public Speaking Mahir (Professional), Pertengahan (Intermediate), Asas (Basic)
Debat Mahir (Professional), Pertengahan (Intermediate), Asas (Basic)
Pidato Mahir (Professional), Pertengahan (Intermediate), Asas (Basic)
MUET STPM - Tingkatan 6
MUET Dewasa
IELTS Dewasa