Profile Picture

Mohamad Hamizan *******

Diploma / Stpm - Diploma In Science ( Mathematics)

Yong Peng, Johor

Loyal Tutor

Guru Sekolah

Institut Perguruan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Sehingga 2024 Saya mempunyai lapan tahun pengalaman mengajar sebagai guru tuisyen dan guru sekolah. Pernah menghadiri Seminar Kursus Pemerkasaan Tutor VIP ( dinobatkan sebagai Peserta Terbaik untuk VTEC MATEMATIK ).Saya juga berpengalaman mengajar TOB untuk Matematik Tambahan tingkatan 5 (2021,2022) dan baru-baru ini saya menerima anugerah Guru Paling Berdedikasi 2022 daripada sekolah saya. Saya telah mengajar lebih daripada 50 orang pelajar dengan keputusan yang memberangsangkan sejak tahun 2017. Pencapaian yang paling mengharukan saya adalah berjaya membantu murid-murid tahfiz yang tiada asas dalam Matematik dan Sains serta sesi pembelajaran yang singkat memperoleh Gred A dalam SPM sejak daripada tahun 2019. Saya sangat minat dalam mengajar subjek Sains dan Matematik kerana subjek-subjek tersebut dapat mendekati lagi kita kepada Maha Pencipta.
Teaching Method(s)
Semua sesi pembelajaran adalah berlandaskan Silibus KPM yang terkini iaitu KSSR dan KSSM
Bagi Subjek Matematik
- Paling utama adalah memahirkan asas dalam setiap topik.Tempoh penerangan kepada asas bergantung pada tahap kefahaman murid.
- Konsep pengajaran adalah berbentuk: belajar, latih tubi berulang sampai pelajar mahir asas dahulu
- Latihan berbentuk soalan-soalan peperiksaan sebenar juga akan dilaksanakan bagi membiasakan murid-murid dengan bentuk, konsep dan kehendak soalan.

Bagi Subjek Sains
- Sering mengaitkan isi kandungan topik dengan persekitaran dan fenomena alam sekitar serta kehidupan seharian agar murid-murid dapat memahami kepentingan ilmu sains.
- Selalu mengaitkan topik terbaru dengan topik yang terdahulu agar murid tidak lupa topik yang terdahulu. Sebagai contoh mengaitkan topik asid dan alkali dalam topik sistem pencernaan makanan.
- Sesi latihan interaktif dengan menggunakan aplikasi seperti Quizziz dan Liveworksheet.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5