Profile Picture

Nurdiyana Syuhada *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial

Universiti Sultan Zainal Abidin (Gong Badak) (Ongoing Study)

Kota Bharu, Kelantan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum, Saya Nurdiyana Syuhada Binti Mohd Ridzuan, di sini saya akan menerangkan sedikit sebanyak tentang saya. Saya merupakan sorang tutor yang berdedikasi dan bertanggungjawab dalam memastikan serta membantu anak didik saya cemerlang dalam pembelajaran. Selain itu, saya juga akan berusaha untuk membantu anak didik saya mencapai kejayaan serta matlamat mereka. Saya seorang yang ramah namun tegas. Saya juga suka membantu anak didik saya untuk terus bersemangat dalam mencapai matlamat mereka dan akan menarik minat mereka untuk belajar. Saya juga gemar untuk mengambil hati pelajar untuk sentiasa mempunyai semangat dalam belajar. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah permainan bahasa kepada anak didik saya. Saya menggunakan kaedah ini bagi memastikan anak didik saya tertarik untuk belajar kerana melalui kaedah ini, terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan bagi mengelakkan anak didik saya berasa bosan. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan ini menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Melalui kaedah ini, murid dapat mengaplikasikan kemahiran Bahasa yang dipelajari di dalam bilik darjah. Selain itu juga, saya akan menggunakan kaedah teknik bercerita kepada anak didik saya iaitu seperti menggunakan gambar, objek atau ayat yang berkaitan dengan apa yang akan dipelajari.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1