Profile Picture

Nur Aisyah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Awam

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Graduated)

Seremban, Negeri Sembilan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai semua. Saya seorang graduan sarjana muda dari Universiti Putra Malaysia dalam bidang kejuruteraan Awam. Saya bukan dari latar belakang seorang pengajar dan saya seorang yang baru menceburi bidang tutor sebagai salah satu kemahiran yang ingin di buat diwaktu kelapangan dan meningkatkan kemahiran. Saya mempunyai pengalaman bekerja sebagai tenaga pengajar kanak-kanak pra sekolah dan kelas Al-Quran & Fardu Ain di Tadika Al Mukmin, Taman Sri Semantan, Temerloh. Saya menjadi guru sementara di tadika tersebut selama 4 bulan. Tugas saya adalah mengajar murid-murid pra sekolah dan mengajar kelas Al-Quran & Fardu Ain untuk murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Saya percaya dengan sedikit pengalaman mengajar yang saya ada, saya mampu untuk mengajar pelajar saya dengan penuh dedikasi serta bersemangat untuk membantu para pelajar meningkatkan lagi prestasi pembelajaran mereka. Saya biasa mengajar kanak-kanak di kalangan umur 6-14 tahun kerana saya turut mengajar anak-anak buah saya yang berada di kalangan umur tersebut.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan teknik pengajaran yang pelbagai mengikut kebolehan dan kesesuaian anak didik saya. Saya juga cenderung menggunakan kaedah latih tubi agar saya dapat mengetahui tahap kefahaman anak didik saya tentang sesuatu subjek atau topik yang dipelajari. Daripada situ, saya akan membantu dengan lebih mendalam dimana kelemahan pelajar saya dan akan memastikan mereka faham setiap subjek yang di ajar.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Tadika
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3