Profile Picture

Nur Intan *******

(Online)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Jasin, Melaka

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya cikgu Intan. Saya merupakan pelajar ijazah sarjana muda perguruan bagi subjek Bahasa Melayu di salah satu Institut Pendidikan Guru Malaysia. Saya mempunyai pengalaman dalam mengajar murid-murid di sekolah. Saya komited dalam menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar dengan menerapkan beberapa kemahiran dalam proses pengajaran dan pengendalian murid. Saya percaya bahawa saya juga berpotensi untuk mewujudkan semangat belajar dalam diri murid justeru menerapkan pembelajaran berkesan.
Teaching Method(s)
Pengalaman sebagai tenaga pengajar di sekolah telah meningkatkan lagi cara pengajaran saya. Antara cara pengajaran saya ialah:

1) Saya akan menggunakan teknik komunikasi yang berkesan dengan menyampaikan bahan dengan bahasa yang mudah difahami.
2) Saya akan melakukan proses pengajaran dan pembelajaran secara dua hala yang melibatkan guru dan murid secara aktif.
3) Saya akan mengajar dengan menggunakan beberapa bahan yang menarik secara atas talian seperti video,gambar, permainan digital dan sebagainya sebagai salah satu tarikan kepada murid untuk belajar.
3)Saya akan menggunakan teknik latih tubi sebagai bahan peneguhan dalam aktiviti pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari bagi melihat tahap kecekapan murid.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3