Profile Picture

Abdul Hanan *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Sains Dengan Pendidikan (Fizik)

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Ongoing Study)

Petaling Jaya, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai! Saya cikgu Hanan, saya merupakan seorang pelajar sarjana muda sains dengan pendidikan dalam bidang fizik. Saya sangat berminat dalam dunia pendidikan dan sangat komited untuk mengajar. Saya sudah mempunyai pengalaman menjadi guru tuisyen 1 tahun. Kemahiran saya ialah pada subjek fizik, matematik dan sains. Saya sangat komited untuk membantu pelajar memahami subjek sains dan matematik dengan lebih mendalam.
Teaching Method(s)
Subjek sains dan matematik mengandungi pelbagai perkara yang abstrak atau tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh itu, saya mengambil langkah untuk menggunakan analogi, mengaitkan konsep yang dipelajari dengan kegunaannya di dunia luar dan pembelajaran yang interaktif untuk menggambarkan konsep yang abstrak tersebut. Saya mempelbagaikan kaedah pengajaran saya berdasarkan tahap pelajar sendiri dan sangat memfokuskan pada topik yang pelajar lemah. Untuk meningkatkan skor atau pencapaian pelajar, soalan latih tubi akan saya sediakan untuk setiap topik.
Subject
Subject School Level
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5