Profile Picture

Muhammad Asyraff *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Mathematical Science

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kuantan) (Graduated)

Seri Kembangan, Selangor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan tutor yang cukup bermotivasi untuk mendidik pelajar saya untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Saya mempunyai sedikit pengalaman dalam bidang tutor ini antaranya saya pernah menyertai program Free Tuition Project semasa pengajian ijazah sarjana muda di UIA Kuantan sebagai tutor matematik dan matematik tambahan selama 4 semester (2 tahun). Saya juga mendapat ijazah kelas pertama dalam bidang sains matematik untuk memastikan saya benar-benar layak untuk mengajar subjek berkaitan matematik ini. Saya juga komited mengikuti perubahan sukatan mata pelajaran matematik dan matematik tambahan dari semasa ke semasa supaya dapat peka dengan keperluan pelajar dan mengenalpasti teknik yang sesuai. Saya juga seorang tutor yang peramah dan pandai mengambil hati pelajar agar terus berasa seronok ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung sambil memastikan kualiti kelas terjamin berdasarkan objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya lebih berfokus kepada memahami konsep asas terlebih dahulu. Bak kata orang putih, 'grasp the basic concept first'. Saya akan mengenalpasti bab-bab yang sukar untuk dikuasai oleh pelajar seperti indeks dan logaritma, pembezaan dan lain-lain. Saya akan mengajar konsep yg mudah terlebih dahulu sehingga pelajar benar-benar faham dan selepas itu, barulah konsep-konsep yg lebih sukar diajar kepada pelajar tetapi dengan pemahaman mereka daripada konsep yang mudah tadi. Namun begitu, saya tidak akan memaksa pelajar untuk memahami dengan cepat. Oleh itu, saya akan banyakkan latihan supaya pelajar lebih cepat faham dan tahu bagaimana hendak mengaplikasi konsep yang diajari. Dari segi latihan, saya akan fokus kepada soalan-soalan yang mudah dan asas terlebih dahulu supaya pelajar dapat membina pemahaman dengan lebih baik. Selain itu, saya juga suka menggambarkan sesuatu konsep dan teori dengan contoh yang mudah untuk difahami seperti menggunakan gambar dan grafik yang sesuai.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 2, Tingkatan 3, STPM - Tingkatan 6, IGCSE MRSM - Tingkatan 4, Universiti - Diploma
Matematik Tambahan Tingkatan 5, Tingkatan 4