Profile Picture

Nur Hanan *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Pendidikan Islam

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Kota Bharu, Kelantan

Institut Perguruan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum wbt, saya baru sahaja menamatkan pelajaran di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi di dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Dengan izin Allah swt, saya akan mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang saya telah pelajari di IPG selama 5 tahun kepada anak-anak murid saya. Seperti mana yang kita ketahui bahawa di dalam dunia ini tiada murid yang tidak pandai tetapi hanya cara guru yang mengajarnya yang memainkan peranan penting. Oleh itu, jika cara yang digunakan untuk mengajar murid itu menarik dan berkesan, sudah tentu murid akan mencapai objektif yang ditetapkan dan cemerlang di dalam bidang akademik.
Teaching Method(s)
Saya lebih suka menggunakan strategi pengajaran yang melibatkan guru, murid dan bahan. Bagi saya, jika hanya guru yang memberikan input kepada murid, sudah tentu murid akan berasa bosan dan mengantuk. Jadi, saya akan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dengan melibatkan psikomotor dan kognitif murid. Selain itu, saya juga akan mewujudkan sistem ganjaran dalam kalangan murid. Berdasarkan pengalaman mengajar saya selama lebih kurang 8 bulan di sekolah, saya melihat bahawa murid-murid sangatlah suka kepada ganjaran atau hadiah yang ditawarkan oleh gurunya. Boleh jadi ganjaran tersebut ialah gula-gula, pemadam, pensel dan sebagainya. Ianya boleh menjadi satu semangat dan pada masa yang sama boleh menjadi satu ugutan kepada murid untuk sentiasa bersikap baik dan fokus di dalam bilik darjah.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1
Jawi Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Asas Fardhu Ain Darjah 1, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
KAFA Darjah 1
Membaca - BM Darjah 2