About Me
Assalammualaikum, saya cikgu Hayati. Saya merupakan graduan ijazah sarjana muda pendidikan. Saya merupakan seorang guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai pengalaman mengajar di sekolah menengah dan juga sekolah rendah bagi mata pelajaran pendidikan Islam yang meliputi Al-Quran, jawi dan Bahasa Arab. Selain itu, saya juga mempunyai beberapa tahun pengalaman mengajar matapelajaran bahasa Melayu bagi tahap rendah. Penekanan lebih kepada membaca dan menulis dalam kalangan murid.
Teaching Method(s)
Pendekatan yang saya gunakan di dalam kelas ialah didik hibur. Hal ini kerana murid akan berasa lebih cenderung dan seronok untuk belajar. Manakala bagi matapelajaran al-quran, bacaan iqra saya mengunakan kaedah talaqqi musyafahah.