Profile Picture

Nur Aqilah *******

(Online & Physical)

Sarjana(master) - Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Graduated)

Kuala Terengganu, Terengganu

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum & salam kenal. Saya Cikgu Aqilah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 4 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya mengajar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains & Matematik, Agama Islam & UPKK bagi sekolah rendah, subjek Sejarah, Sains & Matematik bagi tingkatan 1-3. Subjek Matematik & Sains adalah merupakan subjek major saya sepanjang saya menjadi tutor. Saya berkemahiran dalam menyediakan nota-nota pembelajaran & bahan bantuan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar. Saya seorang yang tegas semasa mengajar. Namun, saya juga pandai mengambil hati pelajar. Karakter saya boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan emosi pelajar bagi mewujudkan suasana yang harmoni semasa proses PdP berlangsung. Nak saya bantu anak tuan puan? Terus hubungi saya. InsyaaAllah saya akan usahakan yang terbaik untuk membantu anak-anak tuan puan bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran.
Teaching Method(s)
Sebelum saya mulakan kelas, saya berkenalan terlebih dahulu dengan pelajar saya untuk mengenalpasti tahap kemampuan & pencapaian sedia ada yang ada pada diri pelajar dan juga masalah yang sering dihadapi oleh pelajar itu. Setelah perkara tersebut dikenalpasti saya akan mula mencari bahan yang sesuai dan menyusun atur aktiviti pembelajaran yang bersesuaian mengikut keadaan semasa pelajar. Saya juga akan mengenalpasti teknik-teknik pembelajaran yang sesuai untuk diterapkan dalam proses pembelajaran. Selain itu, saya suka menggunakan bahan-bahan pembelajaran dari sumber internet seperti video pembelajaran, kuiz dan sebagainya bagi memastikan menyediakan pengalaman pembelajaran yang santai dan menyeronokkan.
Subject
Subject School Level
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 3, Tingkatan 1
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 3, Tingkatan 1
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5, Darjah 3
Penyuntingan - Canva Asas (Basic)
Tauhid KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2
Fekah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2
Ulum syariah - Akidah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2
Sirah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2
Bahasa Arab KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2