About Me
Saya Fatin Amirah binti Abd Bari, seorang tutor yang berdedikasi dengan pengalaman selama lima tahun dalam mendidik pelajar sekolah menengah dalam subjek Matematik Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 (saya bermula dengan membuat kelas tambahan secara part-time pada zaman universiti). Saya merupakan lepasan ijazah dalam bidang Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kemahiran saya dalam penyusunan modul pendidikan (berdasarkan DSKP sekolah) menjadikan saya seorang pendidik yang mampu melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama lima tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik berdasarkan keupayaan para pelajar (saya akan meneliti setiap tahap kemahiran pelajar supaya saya tidak terkurang atau terlebih 'gaya' pembelajaran seperti terlalu lambat atau terlalu cepat mengajar/menerangkan). Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan salah satu kepakaran saya, tambahan lagi untuk subjek matematik. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.