Profile Picture

Anis Aishah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Bachelor In Accounting

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Ongoing Study)

Petaling Jaya, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya seorang tutor berpengalaman dalam subjek Matematik, English dan Bahasa Melayu. Saya bersemangat untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Dengan pendekatan mesra dan penyabar, saya berusaha menjadikan pembelajaran lebih menarik dan efektif.

Saya sangat berminat dalam pendidikan dan sentiasa mencari cara untuk memperbaiki kaedah pengajaran saya. Saya juga memahami bahawa setiap pelajar mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu saya menyesuaikan pengajaran mengikut keperluan individu.

Selain mengajar, saya memberikan sokongan moral dan motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri mereka. Saya percaya dengan bimbingan yang tepat, setiap pelajar mampu mencapai potensi penuh mereka.

Jika anda mencari tutor yang berdedikasi dan bersemangat untuk mengajar, saya sedia membantu anda. Mari kita bersama-sama mencapai kejayaan akademik!

Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan teknik pengajaran seperti menyediakan kuiz menggunakan aplikasi untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik. Selain itu, saya menggunakan kaedah soal jawab dan berbincang bersama pelajar supaya ada komunikasi dua hala dalam pembelajaran. Di samping itu, saya akan memberi ganjaran kepada pelajar untuk memotivasikan mereka. Saya juga menyesuaikan teknik pengajaran mengikut kemampuan dan kesesuaian setiap pelajar dalam menerima pembelajaran dan pengajaran yang diberi.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Membaca - BI Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Bahasa Cina untuk SK Darjah 2, Darjah 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 3
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4