Profile Picture

Anessa Raihana *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Business Administration (Logistics And Transportation)

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Alor Setar, Kedah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Anessa, merupakan seorang pendidik yang berdedikasi dan bersemangat tinggi untuk membantu anak didik saya. Saya seorang yang "happy-go-lucky" dan mesra, namun saya tegas supaya mereka dapat belajar dengan bersungguh-sungguh. Personaliti saya akan membuatkan anak didik seronok dan menyukai sesi pembelajaran kami nanti. Sebagai graduan dari Universiti Utara Malaysia, saya adalah pendidik terbaik untuk anak didik lebih-lebih lagi untuk subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya sentiasa terbuka untuk membantu anak didik supaya sesi pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih lancar. Oleh itu, jika mahukan seorang tutor yang mampu untuk menjadikan sesi pembelajaran menyeronokkan dan efektif untuk mencapai kejayaan, jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya akan memberi tumpuan pada kelemahan dan kelebihan anak didik saya semasa sesi pembelajaran. Di samping itu, saya gemar untuk mengajar dalam keadaan yang santai dan selalu terbuka berbincang tentang sesuatu isu baru untuk melahirkan anak didik yang berpengetahuan luas serta mengelakkan merasa merasa tertekan atau bosan. Saya akan menggunakan kaedah akronim bagi subjek-subjek yang memerlukan hafalan anak didik. Selain itu saya juga akan menggalakkan ruang interaksi dengan melakukan sesi soal jawab atau perkongsian pengalaman yang berkaitan dengan anak didik. Pendek kata, saya akan menyesuaikan kaedah pembelajaran mengikut keperluan anak didik saya supaya mereka dapat mencapai kejayaan.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika
Mengaji - Iqra Tadika
Membaca - BI Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6